Malaysia Festival (MaFest) 2012 Grand Finale
Pada 15 Septermber yang lepas telah diadakan sambutan Grand Finale Malaysia Festival di bumi bertuah Wellington ni. Kalau dua hari sebelumnya (rujuk entri lepas) kita buat sambutan pada peringkat universiti sahaja, hari Sabtu pula merupakan hari di mana kami mempromosikan Malaysia untuk rakyat Wellington! MaFest banner. Designed by Syed Ameerul Syakir Ada di antara ahli majlis pengurusan yang telah berada di lokasi seawal jam 5 pagi lagi. Suasana masih gelap dan kelawar pun belum pulang ke sarang mereka tapi mereka yang sangat berdedikasi ni telah menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program MaFest pada hari tersebut Pada waktu pagi, khemah untuk booths yang mempamerkan pelbagai aktiviti dan budaya Malaysia telah didirikan untuk pengunjung. Antara booth yang ada termasuklah (dan tidak hanya terhad kepada): Image by Nur Izzati Ismail TRADITIONAL GAMES BOOTH Antara permainan yang dipamerkan termasuklah gasing, lompat tali getah, main guli, cap tae, sepak raga, tengteng,