Malaysia Festival (MaFest) Wellington Edition 2012

Designed by Syed Ameerul Shakir
Akhirnya tamatlah sudah sambutan Malaysia Festival (MaFest) yang julung-julung kali diadakan di New Zealand. Sebelum ini sambutan seumpamanya pernah diadakan di Australia tetapi kalini rakyat di bumi Wellington New Zealand telah diberi peluang untuk memikul amanah tersebut. Berikut ialah rentetan peristiwa sepanjang minggu sambutan yang mendapat respon dan kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak.

KHAMIS 13 SEPT 2012
POETRY READING by Prof Muhammad Haji Salleh
Lokasi: Rankine Brown Library, Victoria University of Wellington Kelburn Campus


Images by Nusaybah Md Asri 
Kami berasa sangat berbesar hati dengan kehadiran Sasterawan Negara yang tersohor di Universiti kami. Program pendeklamasian sajak tersebut turut dihadiri oleh para pegawai atasan daripada Education Malaysia New ZealandProgram ini berakhir sekitar jam 2 petang, lalu diikuti dengan aktiviti seterusnya iaitu tayangan filem 'Mukhsin"' hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad, pada jam 6.30pm-9pm di Hugh Mackenzie LT002.

JUMAAT, 14 SEPTEMBER 2012
CALLIGRAPHY & EXHIBITION
Lokasi: Student Union Building

Images by Chua Jun Kent 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada pihak penganjur dan juga pelawat yang sememangnya ditujukan kepada penduduk bumi New Zealand.

Sambungan laporan pada hari Sabtu akan ditulis kemudian.

Sekian, The Blog Manager melaporkan secara serba ringkas.
1.44 am

Comments

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?