Farewell party Ustaz Erfino Johari

Tarikh: 18 April 2015
Masa:   14:30 hingga 17:00
Tempat: Everton Hall, Victoria University of Wellington

Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung.


Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Presiden WMSO 2014/2015, saudari Syairah Zahari diikuti Presiden WUC, Ahmad Syukri Daud. Seterusnya, diikuti dengan kata-kata nasihat daripada Ustaz Erfino Johari. Seterusnya, ucapan daripada beberapa wakil pelajar iaitu Mohd Asri Jusoh, Muhammad Zamir Adib Mohd Arizan dan Prasad Nallusamy. Terima kasih atas ucapan yang penuh bermakna, 'deep' dan menyentuh hati. Upacara penyampaian cenderahati dan memotong kek daripada wakil pelajar khas buat ustaz, keluarga serta para hadirin. Acara paling bermakna adalah ustaz menyampaikan satu persembahan untuk para pelajar dan khas untuk isteri tercinta dengan mendendangkan lagu 'Kau Ilhamku'.

Terima kasih kepada para 'speakers' yang tambil ke hadapan mewakili pelajar lain dalam memberikan ucapan
Serba sedikit mengenai latar belakang Ustaz Mohd Erfino Johari. Beliau merupakan Pengarah/Kaunselor (Pendidikan) baru di pejabat Education Malaysia New Zealand (EMNZ) yang baru tiba di New Zealand pada 20 September 2012 menggantikan Dr Rosli Mohamed yang telah bertugas selama 3 tahun di pejabat EMNZ di Wellington. 


Ustaz Erfino merupakan graduan dari University of  Jordan dan pernah bertugas sebagai Atase Agama di Malaysian Student Department (MSD) London. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan syarahan awam, beliau berkhidmat di pejabat Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ditugaskan ke New Zealand.

Persembahan julung kali daripada ustaz, 'Kau Ilhamku'
Sesungguhnya ilmu, pengalaman, kepakaran  dan hubungan kemanusiaan yang  baik menjadi kekuatan dalam kerjaya ustaz. Ustaz Erfino mempunyai kekuatan intelektual yang tinggi kerana mampu menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik. Pengalaman sebagai guru, pegawai Lembaga Peperiksaan, Atase, Pegawai Khas YB Menteri menjadi resipi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih afektif. Melalui pengalaman yang luas, ustaz telah berjaya menyumbang dalam banyak perkara, termasuk dalam memberi nasihat, mendidik buat semua pelajar dan komuniti di New Zealand. 
Terimalah sedikit cenderahati yang tidak seberapa daripada kami.
Malam hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan, 
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu tuan dalam ingatan. 

Kami mengucapkan selamat berjalan dan selamat bertugas setibanya ustaz di Malaysia. Doa kami sentiasa mengiringi buat ustaz dan keluarga. Kenang WMSO dalam doamu.
P/s: Watch ustaz's performance here

'Goodbyes are not forever. Goodbyes are not the end. They simply mean I'll miss you until we meet again'.

Comments

Popular posts from this blog

Salam AidilAdha - Kembara Suci, Sesuci Hati, Sejernih Nawaitu

International Friendship Day 2015