Langkah-Langkah Menghadapi Gempa Bumi New Zealand

WELLINGTON - Sebagaimana yang anda semua tahu, malam tadi bumi Wellington telah dilanda gempa bumi pada skala 4.5 skala Richter - gegaran kecil boleh dirasai sekitar kawasan Wellington City, Johnsonville, dan juga Lower Hutt. Walau bagaimanapun, pelajar Malaysia semua dinasihatkan agar tidak panik dan membuat tindakan melulu apabila menghadapi keadaan tersebut


Pagi tadi telah diadakan mesyuarat antara exco WMSO, UMNOwellington, ISMAwellington dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia tentang pelan tindakan apabila menghadapi gempa bumi.

Secara umumnya, apa yang anda perlu lakukan apabila Wellington bergegar ialah:

  1. Jangan panik! Kalau anda panik nanti kawan anda pun panik! Panik ialah sesuatu yang berjangkit!
  2. Langkah-Langkah seterusnya akan diterangkan pada Get Ready Get Through yang akan diadakan pada hari Jumaat ini

Pergi ke link ini http://www.facebook.com/event.php?eid=192560667444876&index=1 untuk RSVP melalui Facebook

PERJUMPAAN INI WAJIB DIHADIRI; kerana

  • Pembahagian kawasan berkumpul ketika bencana akan dijalankan. Jadi kalau berlaku kecemasan anda semua akan tahu pada siapa tempat bergantung, kepada siapa mahu melapor dan sebagainya
  • Tunjuk ajar kit kecemasan - apa yang perlu anda simpan
  • Langkah-langkah sebelum, semasa, dan selepas berlakunya bencana
  • Memperkenalkan pihak yang perlu dihubungi ketika bencana
Kami berharap agar semua orang, diulangi, SEMUA AHLI WMSO dapat menghadirkan diri ke program Get Ready Get Through tersebut untuk keselamatan bersama. 

Comments

  1. Dear sir ( who ever it may concern)
    Please look after our children. Besides Allah, we, the parents here in Malaysia depend fully on you brothers and sisters to keep our children within your care. Thanks for all the efforts.
    MBO. Melaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Be nice :)

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?