Bahtera Budaya di Southeast Asian Night Market

Hai Wellingtonians semua. Tahukah anda yang semalam kita telah mengadakan event Southeast Asian Night Market seperti tahun lepas? Tahukah anda yang semalam kumpulan Bahtera Budaya WMSO telah melangsungkan satu majlis perkahwinan di antara gadis comel dan jejaka hangat Wellington?

Apa? tak tahu? Nampok benor nipunyee sebab si Presiden telah menguar-uarkan di Facebook dan si setiausaha di email ahli WMSO tentang event ini. Barangsiapa tak datang maka rugilah beliau. Termasuk Blog Manager

Gossip: siapakah pasangan hangat ini?

Malaysia terkenal dengan budaya kita yang berwarna warni dan sebab itulah persembahan malam semalam telah menerapkan nilai ini untuk menarik dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia dari segi kebudayaan. Antara yang dipersembahkan semalam ialah Majlis Perkahwinan yang disertai dengan..



persembahan silat daripada dua pahlawan WMSO iaitu Hang Tajul dan Hang Boss. Adalah dipercayai kedua mereka bergaduh di hadapan pelamin disebabkan tensen tak dapat kahwin dengan Miss Presiden WMSO.


Tahniah besar untuk mereka yang telah menjayakan program semalam di bawah naungan Wellington Malaysian Student organization (WMSO) semalam, Barisan penari, tenaga pengajar, pemerhati, penyumbang, dan juga ahli-ahli yang menyokong! Kami ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua dalam menjayakan program ini. Oh, tak lupa juga kepada artis kita yang hot meletup letup


Myra, Nurul dan Nadiah. Maaf full details tak oleh dibocorkan disebabkan bimbang paparazzi di luar sana menyerang mereka yang sizzling hot ni. adalah dipercayai album pertama akan dikeluarkan pada tahun depan. Berita ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Video ringkas tentang event semalam boleh ditonton di bawah



Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan event semalam secara langsung ataupun tidak. Kami mengharapkan sokongan anda untuk events yang bakal mendatang di masa hadapan. Majulah semua untuk WMSO!

Lihat laporan penuh gambar dan video di WMSO LENSE MOMENT

Comments

  1. xde gambar farah nyanyi ya maulai semalam ke? btw, dia nyanyi kat main stage

    ReplyDelete

Post a Comment

Be nice :)

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?

Who We Are etc