Malaysia Festival (MaFest) 2012 Grand Finale

Pada 15 Septermber yang lepas telah diadakan sambutan Grand Finale Malaysia Festival di bumi bertuah Wellington ni. Kalau dua hari sebelumnya (rujuk entri lepas) kita buat sambutan pada peringkat universiti sahaja, hari Sabtu pula merupakan hari di mana kami mempromosikan Malaysia untuk rakyat Wellington!

MaFest banner. Designed by Syed Ameerul Syakir
Ada di antara ahli majlis pengurusan yang telah berada di lokasi seawal jam 5 pagi lagi. Suasana masih gelap dan kelawar pun belum pulang ke sarang mereka tapi mereka yang sangat berdedikasi ni telah menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program MaFest pada hari tersebut

Pada waktu pagi, khemah untuk booths yang mempamerkan pelbagai aktiviti dan budaya Malaysia telah didirikan untuk pengunjung. Antara booth yang ada termasuklah (dan tidak hanya terhad kepada):

Image by Nur Izzati Ismail
TRADITIONAL GAMES BOOTH
Antara permainan yang dipamerkan termasuklah gasing, lompat tali getah, main guli, cap tae, sepak raga, tengteng, batu seremban, dan juga congkak. yang menariknya ketika pameran dijalankan, seorang rakan dari Filipina berkongsi maklumat bahawa mereka juga ada permainan seperti congkak dengan cara bermain yang sama. Permainan tersebut diberi nama "Sungka"

Selain bergembira, kami juga dapat belajar daripada budaya lain tentang permainan tradisional. jadi, boleh dikatakan proses memperkenalkan budaya pada hari tersebut bukanlah satu hala semata-mata.
Permainan tradisional seperti lompat tali getah pula berjaya membuatkan ramai pengunjung turut serta melompat dengan kami. Bukan sahaja orang Kiwi, malah ahli komiti pun ada yang lompat sekali sambil memecahkan lemak yang diternak sempena Hari Raya Aidilfitri

Image by Asfan Ash
TRADITIONAL WEDDING BOOTH


Selain tu kami juga ada beberapa booth yang dibuka untuk memperkenalkan makanan Malaysia. Terima kasih kepada Rempah Malaysia dan Cinta Malaysian Kitchen yang turut menyumbang pada hari tersebut

Di bahagian pentas pula ada beberapa pertunjukan seperti:

PERTUNJUKAN FESYEN PAKAIAN TRADISIONAL

Image by Nur Izzati ismail
NYANYIAN, DAN TARIAN TRADISIONAL

Images by: Asfan Ash
Persembahan pentas diteruskan dengan guest performers kita yang diimport terbaik dari ladang di Auckland untuk membuat persembahan silat di Wellington. Persembahan yang penuh bersemangat ini mendapat pujian daripada rata-rata pengunjung pada hari Sabtu lepas.

Image by Nur Izzati ismail
Image by: Asfan Ash
Sabar dulu, cerita belum habis. Tunggu sambungannya

Comments

  1. sayu tgk gambar2 ni sbb terigt msian fest 2007.. keep it up mt juniors!!!~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Be nice :)

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?

Keputusan pertandingan T-Shirt WMSO