Majlis resepsi Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang Di-pertuan Agong 2015

Tarikh: 6 Jun 2015
Masa: 11:00 hingga 13:00
Tempat: Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington


Pihak High Commision of Malaysia, Wellington telah menjalankan majlis resepsi bagi meraikan 
Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda yang Di-pertuan Agong ke-14
Almutasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua'dzam Shah ibni 
Almarhum Sultan Badlishah.
Ramai pihak telah dijemput bagi memeriahkan majlis ini termasuklah Presiden Wellington Malaysia Student Organisation (WMSO) serta para pelajar di sekitar Wellington. 
Majlis pada hari itu dimulakan dengan bacaan doa seterusnya nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar serta ucapan daripada Pesuruhjaya Tinggi Wellington, Dato' Lim Kim Eng. 

Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Tuanku agar terus kekal dalam keafiatan. 
Daulat Tuanku!



Comments

Popular posts from this blog

Salam AidilAdha - Kembara Suci, Sesuci Hati, Sejernih Nawaitu

International Friendship Day 2015