Dari Jauh WMSO Beraya dan Solat sunat Aidilfitri

Event: Dari Jauh WMSO Beraya dan Sembahyang sunat Aidilfitri
Date: 18th July 2015
Time: 08:30 until 11:30
Venue: SUMT 217 and SUMT 218


''Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa~''

Alhamdulillah. Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, akhirnya dapat juga kita bersama-sama menyambut ketibaan bulan yang penuh mulia - bulan Syawal. Hari yang dinanti-nantikan ini disambut dengan laungan takbir raya oleh para pelajar serta ahli keluarga dari pihak Suruhanjaya tinggi di Wellington. Majlis yang ringkas dan sederhana tidak sama sekali mematahkan semangat semua hadirin bagi memeriahkan acara yang dijalankan. 

Disajikan dengan hidangan yang cukup menyelerakan, para pelajar turut didendangkan dengan lagu-lagu raya klasik dan kontemporari bagi menghidupkan lagi suasana. Iklan-iklan raya yang penuh makna dan menyentuh hati juga turut ditayangkan untuk santapan jiwa anak-anak perantau yang jauh daripada keluarga dan sanak saudara. 



Untuk itu, saksikan video pendek - ucapan raya 2015 oleh warga Malaysia di Wellington, New Zealand. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
WMSO Roar!

Comments

Popular posts from this blog

EMNZ & WMSO Wadha Ramadan and Kia Ora freshies!

International Friendship Day 2015