National Day in Wellington

Event: National Day in Wellington
Date: 31 August 2015
Venue: High Commision of Malaysia in New Zealand

Majlis gilang-gemilang ini telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan kemerdekaan negara yang ke-58 yang diadakan di High Commision of Malaysia di Wellington, New Zealand telah dihadiri oleh PYT Dato' Lim Kim Ng dan suami, para pegawai tertinggi High Commision, wakil Tourism Malaysia New Zealand serta para pelajar dan tetamu jemputan ke majlis tersebut. Acara yang dinanti-nantikan iaitu acara memotong kek oleh PYT kita, diiringi para hadirin turut menjadikan majlis tersebut cukup meriah. Tidak kurang hebatnya juga dengan semangat seluruh rakyat Malaysia di luar negara yang turut bersama-sama menyambut ketibaan hari yang dinanti ini walaupun hanya mempunyai kelompok yang sangat kecil, tetapi mempunyai jiwa yang sangat besar.

Semoga, keharmonian yang kita kecapi pada hari ini akan dapat kita lalui untuk hari esok dan juga untuk hari-hari yang mendatang. Marilah kita sama-sama doakan.

P/s: Saksikan sedutan video dalam menyambut hari Kemerdekaan dan pandangan beberapa pensyarah dari Victoria University of Wellington (VUW) mengenai Malaysia.

https://www.facebook.com/wmsonz/videos/1073845709300468/




Comments

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Who We Are etc

Loving Season?