Wellisaurus Menyerang! Roarrr!!!

Salam, Kia ora, Hello! Regards, WMSO Committee.
Dilaporkan oleh ARC dari Wellington

Wellington, 26 Mei - Penduduk kawasan sini melaporkan kawasan kediaman mereka diserang oleh seekor makhluk yang bernama Wellisaurus. Menurut saksi, haiwan ini dikatakan berwarna oren dan besar kemungkinan mempunyai kaitan dengan Wellington Malaysian Student Organization.


 Pihak berkuasa WMSO iaitu Cik Kamilah Abdullah menyeru ahli-ahli persatuan untuk menangkap reptilia terbabit kerana dikhuatiri mereka akan diculik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut beliau lagi, reptilia terbabit dilaporkan bermastatutin di rumahnya sehingga hari Sabtu ini sebelum waktu event BERSAMA. Sila tangkap haiwan terbabit di 222A THE TERRACE

Pakar reptilia dan haiwan comel sedunia, Encik Panda mengulas bahawa reptilia ini tidak boleh ditangkap dengan cara biasa, kekerasan, mahupun dengan pujukan motivasi. Ia juga tidak boleh ditangkap dengan Pokeball disebabkan beliau bukanlah seekor pokemon. Cara menangkapnya ialah dengan:


membawa wang bernilai NZD22 ke alamat yang telah dinyatakan tadi. Ahli kumpulan WMSO adalah dinasihatkan sekeras-kerasnya agar membawa wang yang cukup dan juga menelefon Cik Kamilah terlebih dahulu sebelum upacara menangkap Wellisaurus bermula. Beliau boleh dihubungi di talian 0210779882.


Wellisaurus yang telah ditangkap akan kelihatan seperti ini.

Orang awam digesa supaya membela Wellisaurus dengan berhati-hati demi memastikan kecomelan dan kegarangan reptilia tersebut sentiasa terserlah

Comments

Post a Comment

Be nice :)

Popular posts from this blog

Salam AidilAdha - Kembara Suci, Sesuci Hati, Sejernih Nawaitu

International Friendship Day 2015