Selesai sudah Kampung Day

Tarikh: 24 Mei 2015
Tempat: Boyd Wilson Arena, VUW
Masa: 09:00 - 13:00
Tema: Batik dan Pelikat

Selesai sudah aktiviti Kampung Day yang dijalankan sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan atas segala kerjasama daripada para pelajar, hadirin dan hadirat yang hadir memeriahkan acara tersebut. Berikut adalah nama-nama kumpulan yang terlibat:

Kumpulan perempuan:
1. Good morning, teacher
2. Mansioners
3. Budak bandar
4. Mahsuri
5. Nanananananananana

Kumpulan lelaki:
1. Kampung boys
2. Milo Tarik Panas

Segulung penghargaan buat semua 'person-in-charge' dalam mengendalikan acara dan menyelia serta bersabar dengan sikap para pelajar yang diibaratkan seperti 'terlepas dari kandang' (hyperactive). Terima kasih atas idea yang bernas untuk permainan sampingan seperti lompat tikus, batu seremban dan limbo. Bertambah menarik dan meriah acara pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, juga kepada semua pelajar yang bersungguh-sungguh, bekerjasama memberi pandangan dan melibatkan diri dengan penuh semangat dalam kesemua acara yang dijalankan.
Kalah dan menang adat pertandingan. 
Jangan berdukacita kepada kumpulan yang kurang berjaya. Kita mungkin tidak berjaya di padang permainan, tetapi kita telah berjaya dalam mencapai tujuan utama program iaitu untuk melupakan buat seketika segala tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Perkara yang paling utama adalah kita dapat saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.


P/s: Lebih banyak koleksi gambar-gambar 'available' di galeri blog WMSO. 

Comments

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Loving Season?