Gadis Si Mawar Duri '15

Event: Gadis Si Mawar Duri '15
Date: 15 August 2015
Time: 12:30 until 17:00
Venue: KK202 and Main Gym


Alhamdulillah. Selesai sudah acara WMSO yang ditunggu-tunggu iaitu Gadis Si Mawar Duri. Acara ini khas buat ahli-ahli wanita WMSO. Acara ini mempunyai 2 slot. Acara pertama ialah Forum: Women Leadership yang disampaikan oleh sister Eemaan, sister Hamda, sister Nasrah and dikendalikan oleh sister Zahraa'. Berlatarbelakangkan kehidupan yang mencabar, mereka tidak sama-sekali menjadikan itu sebagai penghalang untuk berjaya. Kita akan sama-sama doakan pengorbanan dan perjalanan hidup mereka terus bersemangat. Segala nasihat mereka akan kita amalkan dalam hidup kita supaya hidup lebih bersemangat dan bermanfaat.



Slot kedua iaitu 'Self defense demonstration' dari kelab Victoria University Taekwondo yang diberi tunjuk ajar daripada Madam Sophia dan pembantu-pembantu beliau. Pelbagai teknik dan ilmu cara-cara mempertahankan diri telah diturunkan kepada pelajar-pelajar WMSO. Pelajar-pelajar kita begitu bersemangat dalam melibatkan diri untuk setiap teknik yang diajarkan. Moga-moga kita boleh mempraktikan dan amalkan teknik ini apabila menghadapi ancaman kelak. Terima kasih buat semua peserta yang hadir dan terima kasih juga kepada mana-mana yang sudi membawa makanan untuk dijamah bersama.

WMSO Roar!!!


Maklumat terbaru!
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta ini kerana telah memenagi beberapa anugerah,
Peserta terbaik: Ili Farhana
Peserta ter'murah hati': Alyaa Alias

Terima kasih kerana menjadi peserta yang sangat gempak. Semangat anda and kebaikan anda sangatlah dihargai. Kami pihak ahli jawatankuasa mengharapkan para peserta lain juga terhibur!
                                                                                                                                                                  
Saksikan video 'Superwoman' ini: 

Facebook Palestine Kiwi Trust (dikendalikan oleh sister Eemaan):

Link ke Facebook page taekwondo:

Comments

Popular posts from this blog

Farewell party Ustaz Erfino Johari

Who We Are etc

Loving Season?