WMSO GSC: Merdeka Movie Screening

Event: WMSO GSC: Merdeka Movie Screening
Date: 21 August 2015
Time: 6:00pm - 8:00pm
Venue: SUMT 218


'Tanggal 31, bulan 8 57.
Hari yang mulia, hari bahagia 
sambut dengan jiwa yang merdeka!' - Sudirman

Seluruh rakyat Malaysia tidak kira di tanah air mahupun di seluruh pelosok dunia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos tiap-tiap tahun. Sejurus dengan itu, WMSO juga turut ingin bersama-sama menyambut ketibaan hari yang bersejarah ini dengan menayangkan sebuah filem bertajuk 1957 - Hati Malaya. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang bekerjasama dalam membukukan sejarah Malaysia berdasarkan sumber-sumber dan bahan kajian sendiri, serta membawakan watak-watak yang sangat bersemangat untuk mengecapi kemerdekaan Tanah Melayu. Diselingkan dengan jualan 'hot dogs' dan 'floats', sesi rakaman video dan laungan merdeka daripada pelajar-pelajar Wellington turut diadakan. 

Terima kasih buat semua para hadirin. Semoga semangat kalian terus tersemai dalam jiwa masing-masing sehingga akhirnya. 

P/s: Saksikan hasil gabungan rakaman video ini yang telah disediakan oleh Biro Media WMSO


Comments

Popular posts from this blog

EMNZ & WMSO Wadha Ramadan and Kia Ora freshies!

International Friendship Day 2015